Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.
Info dr http://www.familiazam.com/kesihatan.htm
Ni plak dr http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Ketumbit
Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.
Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.
Penyebab
Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :
- Tekanan
- Pertukaran hormon
- Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
- Diabetis
- Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
- Kekurangan vitamin dalam badan
Patogenesis
Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.
Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.
Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
Simptom-simptom
- Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
- Bengkak di sekeliling kelopak mata
- Sakit
- Kelopak mata menjadi merah
- Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
- Mata menjadi pedih
- Mata berair
- Gatal-gatal di kawasan bisul
- Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
- Sensitif kepada cahaya yang cerah
Komplikasi
Individu yang pernah mendapat ketumbit masih mempunyai kemungkinan untuk mendapatnya kembali buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Ini boleh disebabkan oleh tahap penjagaan mata yang lemah. Jangkitan pada kelenjar minyak juga boleh merebak ke bahagian folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata. Infeksi tersebut juga boleh merebak dan menjangkiti sel-sel tisu di dalam kelopak mata.
Rawatan
Rawatan sendiri di rumah
Kebanyakan ketumbit akan pulih sendiri dalam masa 5-7 hari. Letakkan tuala yang telah direndam di dalam panas di atas mata yang ada ketumbit selama 10 minit dan diulang beberapa kali dalam satu hari. Keadaan suam-suam panas ini boleh menyebabkan bisul kecil pada mata tersebut pecah dan nanahnya akan mengalir keluar.
Elakkan daripada menggunakan alat solek atau losen pada kelopak mata kerana alat-alat atau bahan-bahan ini berkemungkinan telah dijangkiti oleh bakteria. Bagi pesakit yang menggunakan kanta lekap, elakkan daripada memakai kanta lekap semasa mereka mendapat ketumbit. Memakai kanta lekap boleh menyebabkan jangkitan merebak ke bahagian kornea mata, iaitu selaput jernih yang melindungi biji mata.
Rawatan perubatan
Rawatan kebiasaannya diberikan untuk mengelakkan pesakit daripada mendapat ketumbit buat kali yang kedua dan seterusnya. Jangkitan boleh dielakkan daripada merebak dengan menggunakan antibiotik yang berbentuk krim, seperti Erythromycin, yang disapu disepanjang bahagian kelopak mata, sama ada dalam atau luar kelopak mata. Pegawai perubatan juga akan memberikan Amoxicillin untuk digunakan selama seminggu.
Dalam sesetengah kes, terdapat ketumbit yang tidak bertindak pada rawatan perubatan dan ianya menyebabkan komplikasi kepada pesakit, kaedah surgeri perlu dijalankan untuk membuang nanah yang berkumpul di kawasan tersebut.
Pencegahan
Setiap bahagian pada badan manusia, terutamanya tangan kita yang mengandungi organisma-organisma mikro yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Oleh itu, setiap individu dinasihatkan agar mencuci tangan sehingga bersih sebelum menyentuh bahagian di sekeliling mata bagi mengelakkan daripada mendapat penyakit ketumbit. Pesakit juga dinasihatkan agar tidak berkongsi alat solek mata bagi mengelakkan jangkitan tersebut berulang kembali.
tp bukan ler kurafat... ker aper ker..
tp kaedah perubatan yg famili aku amalkan....
mak aku yg ajar...
kalo ada rs nk ketumbit..
cepat2 ikat ibu jari berlawan arah dgn mata yg kena ketumbit tu...
misalnya aku yg kena ketumbit skrg ni..
kena mata blah kiri..
so aku ikat ibu jari kaki aku blah kanan..
hehee...

.

.jpg)
4 comments:
trimas 4 dis entry...sy tgh merana skam neh dgn ketumbit comel di mata blh knn sy...sedih..neway...thnks a lot..
aku pun sama ni...kena ketumbit...ada 2 mata punat..nak picit takut...tolonnnnggg....
Saya pun ada ketumbit tapi 2 mata warna putih dan ada bengkak sikit di atas mata .....hari tu pernah kana sekarang balik alum sembuh sepenuhnya huhuhu ada cara lain tak supaya ketumbit ni tidak muncul lagi......
Saya pun ada ketumbit tapi 2 mata warna putih dan ada bengkak sikit di atas mata .....hari tu pernah kana sekarang balik alum sembuh sepenuhnya huhuhu ada cara lain tak supaya ketumbit ni tidak muncul lagi......
Post a Comment