Sunday, May 11, 2008

Akademi Fantasia Musim ke 6

Tiada Penyingkiran Minggu Ini

Pada Konsert Kelapan Akademi Fantasia 6, buat pertama kali dalam musim ini, tiada pengumuman penyingkiran pelajar yang dilakukan.

Namun, kejutan paling mendebarkan hampir berlaku apabila Nadia, antara pelajar yang disebut paling menyengat musim ini berada di tangga terbawah apabila undian ditutup.

Kini, masih tinggal enam pelajar yang meneruskan pengajian di Akademi Fantasia. Mereka adalah Stacy, Stanly, Nubhan, Nadia, Riz dan Toi. Menjelang minggu depan, semakin menjadi tanda tanya jumlah pelajar yang bakal beraksi di Konsert Akhir.

Berikut adalah kedudukan pelajar setakat malam ini.

KEDUDUKAN PELAJAR SEBELUM KONSERT

Stacy 21%
Riz 18%
Stanly16%
Nadia 15 %
Toi 15%
Nubhan 15%

KEDUDUKAN PELAJAR SELEPAS UNDIAN DITUTUP

Nubhan 19%
Riz 19%
Stacy 18%
Stanly 16%
Toi 16%

Nadia 13%

No comments: